Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, October 12, 2008

Kursus BAKTI

Pada 10hb oktober 2008, pihak Badan Kepimpinan dan Tarbiah Islamiah (BAKTI), Maahad Muhammadi Rantau Panjang telah menganjurkan Kursus.

Tentatif program adalah seperti berikut:


5:30 ptg : Taaruf

: Slot Pertama

: Find & Solve

7:00 mlm : Solat Maghrib berjemaah

7:45 mlm : Makan malam

8:00 mlm : Kuliah maghrib

8:30 mlm : Solat Isya'

8:45 mlm : Sambungan Slot 1

9:15 mlm : Forum " Dakwah dan Kepentingannya "

: Moderator – Sdr Zainal Abdullah

Ahli Panel – Ust Nik Manzur Nik Lah

- Ahli Panel jemputan dari Nilai

11:00 mlm : Diskusi Alumni

12:00 : Ibadat Sirr

5:00 pg : Qiamullail / Solat Subuh

6:45 pg : Resolusi program

7:30 pg : Mesyuarat Lajnah Tarbiah Alumni MMRP

9:45 pg : Sarapan pagi

10:15 pg : Bersurai


Slot Pertama

Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada muslimin, muslimat, tingkatan 4 dan tingkatan 5. Bahagian pertama setiap kumpulan mesti mencari sekurang-kurangnya 10 masalah luaran yang dihadapi oleh BAKTI. Bahagian kedua, selepas 15 minit kedua-dua kumpulan akan saling bertukar masalah yang telah dicari, kemudian kedua-dua kumpulan mestilah mencari penyelesaian bagi setiap masalah itu setiap satu masalag sekurang-kurangnya 2 cara penyelesaian.

Rasional:

1) Kenapa kumpulan perlu bertukar masalah. Kerana biasanya masalah yang dihadapi tidak kita ketahui.

2) Kenapa perlu cari sekurang-kurangnya 2 cara penyelesaian bagi setiap masalah. Kerana setiap masalah tidak semestinya ada satu cara penyelesaian dan apabila ada 2 cara penyelesaian ia boleh dijadikan sebagai back-up. Adakalanya satu penyelesaian tidak efektif pada satu masalah.


Al-Faqiru Ilallah:

Ar-Rasyadan Al-Haqqi (ARAH)

13/10/2008

11:35